Friday, September 6, 2019

All about my matriculation life ~~

Hai guysss...
So guys harini I nak menulis pasal pengalaman I di matrikulasi. Entry ni khas untuk budak2 lepasan spm yang dapat matrikulasi (especially yang 4 sem)

Untuk pengetahuan semua, program matrikulasi ni adalah untuk membantu golongan bumiputera. Bak kata Tun M matrikulasi adalah pintu belakang untuk orang bumiputera masuk ke Universiti. So basically, matrik sekarang dah bertukar sistem, (untuk budak 4 sem). Saya merupakan pelajar batch 18/20. So saya budak dua tahun. Start batch saya, pelajar dua tahun dah tukar sistem. Manakala, budak setahun sistem masih sama. Pelajar dua tahun, sebelum ini iaitu batch sebelum saya, mereka ada 4 semester. Maknanya, mereka akan carry pointer mereka dari sem 1 sampai sem 4. Manakala untuk batch saya, 2 sem pertama saya akan belajar separuh daripada apa yang budak satu tahun belajar. Manakala, sem 3 Dan 4 saya akan dimasukkan ke dalam kelas junior. So senang citer, korang akan ditempatkan satu kelas dengan junior. Mungkin masa tu, hanya akan ada 4 or 5 orng senior dalam satu kelas. So korang kene baik2 dengan junior korang okies. Jangan gaduh. Dan yang paling penting, jangan tunjukkan kebodohan korng okies. Jangan pernah anggap diri korang rendah daripada mereka. Nononono. Sebab realiti nya mereka pun sama je 2x5 jugak πŸ˜‚πŸ˜‚

So masa dekat matrik ni, untuk budak dua tahun biasa nya masa tahun pertama korang, korang akan ada banyak assignment. Sebab apa? Jengjengjeng. Sebab carry mark korang lagi banyak daripada budak setahun. Iaitu 60% carry marks and 40% exam. Manakala budak setahun terbalik. Bagus bukannn. TAPIIIII POINTER KORANG UNTUK SEM 1&2 TIDAK AKAN DIBAWA SEMASA SEM 3&4. pointer sem 1 dengan 2 hanya untk melayakkan korang untuk still duduk dekat matrikulasi jeeee. Masa korang dah sem 3,pointer korang akan jadi 0 balik.

Soo, buat lah betul2 okay masa sem 3 and 4. Sebab masatu pointer time sem tu lah yang korang akan bawak untuk isi upu. Banyak tau budak2 yang menangis masa result pspm sebab pointer hanya dapat 2 lebih. Sedih sangat tengok mereka! Percayalah pointer yang rendah memang akan sangat susah untuk pilih course nnti. BTW korang akan isi upu masa sem 2 tau. So make sure masa sem 1 korang dah start buat research nak jadi apa. So that masa isi upu tu tak peningggg. πŸ˜‚ Sebab ada ramai student yang ambik masa sangat lama untuk pikir sampai terlepas tarikh upu. Kesian~~

Okay so sekarang saya akan citer pula pasal modul. Dekat matrik ada modul 1,2 Dan 3. Modul 1 ni budak yang ambik pure sc mcm kat skolah tu. Modul 2 lebih kepada budk sains fizikal. Mereka tak ambik biologi, ganti dengan sc computer. Manakala modul 3 yang suka baca, sebb mereka takde fizik. Subjek kira2 hanya math. πŸ˜‚ Mereka juga ambik sc comp.

And untuk pelajar setahun, korang akan ada subjek koko (akan ada kelab untuk korng sertai.) Dan sem seterusnya korng akan belajar pendidikan Islam dengan pengajian am. Pengajian am banyak assignment! Selalunya korang akan kene buat video lah~~ meanwhile pendidikan Islam banyak presentation 😒😒😭 tak suka!!!! BTW budak 4 sem pun korng akan ada jugak subjek ni tapi masa sem 3 Dan 4. Korng juga akan ada kelas bahasa inggeris. Untk semua student.

Untuk atlet skolah, jangan risau!!!! Dekat matrikulasi pun ada sukan. Kami panggil sukan antara MATRIKS dengan nama KAKOM. hehehehe. Macam2 sukan ada, olahraga, sofbol, petanque, bola baling, bowling, memanah, jamboree(perkhemahan), Aktiviti lasak Dan macam2 lagi. So korang still boleh bersukan! Ada jugak sukan matrik lawan uni. Tapi biasanya matrik kalah lah. HAHAHAHAHA SUMPAH TAK TIPU! πŸ˜‚ Lupa nak cakap, kalau jadi atlet korang akan dapat baju, seluar, kasut, topi Dan duit tauuu! Dan markah koko kompem dapat full or at least 9/10.

Okay guys so, kat matrik korang akan ada masa yang korang boleh balik bermalam Dan ada juga minggu yang tak boleh balik. Sebab ada event or bengkel. Jangan ingat matrik ni macam University.! Akan ada jadual,korang boleh refer kat jadual yang akan diberi.

CUTI SEM KAT MATRIK SANGAT TAK BEST. SEBAB APA? SEBAB SANGAT SINGKAT!!! Tapi korang tak boleh merungut sebab, kita kan fast track!!!! Kalau nak cuti banyak, ambik diploma!!!! 😜😜

Okay ni aku rasa bende yang paling korang suka. E L A U N. Jangan terkejut okay. KITA BUDAK MATRIK ADA ELAUN. RM250.00 sebulan. Tak banyak tapi aku rasa cukup sebab kat matrik, harga makanan kat kafe sangat lah murah gais. So kalau tak cukup korang minta lah mak or bapak korang hehehe. Tapi bersyukur okieee!!!

Apalagi aku nak cakap? Ouh ye cakap pasal kafe, kat matrik aku kafe ada 5. Sangat banyak. So jangan merungut! Chicken chop, teh ais boba, spaghetti, buah, kek, nugget, takoyaki, burger, ayam bakar, aiskrim semua adaaaa! Ala carte pun ada Selalunya buka waktu petang start pukul 4 mcm tu. Tapi yang tak best, lauk lunch selalu benda samaaaa. Arghhhhhh!!!!! Aku teringat masa aku sem 1 dengan 2 asyik makan ayam goreng je time lunch. Bosannnn! Tapi still kene bersyukur sebab ada makanan!!! Tempat aku juga ada kedai siswa (kedai runcit) Dan bistro.

Okay cakap pasal asrama pulak, blok asrama laki ada 2 Manakala blok perempuan ada 3. Satu bilik ada 4 orang. Dalam bilik ada locker, katil, tilam, meja study Dan kerusi, lampu study Dan langsir. πŸ˜‚ BANTAL TIADAAAAA! SO MAKESURE BAWAK BANTAL. OKIEEEEE

Kelas pulak biasanya akan start pukul 8 pagi habis biasanya pukul 4 mcm tu. Kadang2 5 depends juga kat lecturer korang, πŸ˜‚πŸ€£πŸ€£ padan muka kalau dapat lecturer yang selalu drag masa πŸ˜‚πŸ˜œ Dekat matrikulasi, kita ada lecture tau. Biasanya satu jam untuk setiap subjek kecuali math. Math ada 2 jam untuk lecture. Time lecture ni biasanya, lecturer just terangkan apa yang korng akan belajar secara simple lah. Just mcm konsep. Yelah sejam je kan πŸ˜‚ lecture class ni hanya untk budak setahun. Budak dua tahun akan merasa time sem 3 Dan 4. lepastu ada kelas tutorial biasanya Tiga jam per week. Time ni buat latihan. Dan lab class. Biasanya 2 jam per week. Time lab, buat experiment tapi bukan lah tiap2 minggu, dua minggu sekali. Kalau minggu ni experiment, minggu depan buat prelab gituu. Masa lab, jangan main2 sbb nnti korng ada practical test. Dan markah akan di bawa ke carry marks.

Hmmm, okay lah aku rasa dah banyak yang aku tulis. Aku minta maaf sangat kalau aku tulis terabur. Tak ikut sususan. Kalau korng ada pertanyaan, boleh je Tanya aku. Aku akan reply kalau aku tak busy. Doakan aku okay untuk pspm sem 3 ni.

Much love, from me to you πŸ’‹


Ni lah logo matrik aku 😘❤️
#KMPkdihatiku


Perlawanan badminton antara student. Ini semua sebab nak markah koko 🏸🀣 btw ni lah dewan yang korang akan selalu pergi nnti kalau ada event. 


Tengah tunggu kawan ambik duit kat atm.


Jalan short cut ke block kerian


Makanan dekat kafe


Padang


Pemandangan di belakang bilik tutorial